Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) ditubuhkan
dan didaftarkan pada 26hb Julai 1994 adalah sebuah syarikat sendirian berhad dengan
pegangan saham milikan bumiputera sepenuhnya yang di tubuhkan di bawah Akta Syarikat
1965.
Pada awal penubuhannya, syarikat Kesuma
Kota Sendirian Berhad (309369-H) hanya bergiat dalam bidang pembinaan bangunan, tambatan
sungai baikpulih empangan, kerja-kerja jalan, kerja-kerja besi dan sebagainya
yang berkaitan dengan pembinaan.
Untuk status terkini syarikat telah mempelbagaikan
perniagaan dalam bidang pengedaran dan penjualan minyak diesel dan petrol,
perlombongan bijih besi dan perlombongan emas, penjualan kereta dan perladangan
kelapa serta penternakan.
Dalam menghadapi cabaran alaf baru,
dengan perubahan ekonomi pasaran dunia hari ini, maka Kesuma Kota Sdn Bhd (309369-H) berkeyakinan
penuh dengan pelaburan dalam perniagaan yang berpendapatan tinggi seperti
perniagaan pengedaran minyak dan gas, perlombongan emas, penjualan kereta dan
perladangan akan memberi pulangan yang berpatutan atas nilai pelaburan yang
dikeluarkan. Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) juga mempunyai kemampuan untuk
menjalankan kesemua perniagaan ini samada di pasaran Malaysia dan pasaran Asia.
Untuk memenuhi objektif perniagaan
ini, syarikat Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) berkeyakinan, berkemampuan dan berkelayakan untuk bersaing dengan pembekal minyak dan gas yang lain, perlombong-pelombong emas
yang lain, pembekal-pembekal kereta yang lain untuk memberi kepuasan kepada
pelanggan secara berterusan.
Untuk itu pihak Kesuma Kota Sendirian
Berhad (309369-H) akan melatih pekerja serta pihak pengurusan supaya bermotivasi bagi
memajukan syarikat ketahap sebuah Syarikat yang disegani.
WAWASAN
Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) akan menjadi sebuah syarikat terbaik dan akan terus mengembangkan
aktiviti yang dilakukan hingga dikenali di peringkat Antarabangsa menjelang tahun 2030.
MATLAMAT
- Membentuk pengurusan yang kukuh untuk menjamin pulangan pendapatan yang berterusan dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat.
- Memberi tumpuan dalam aktiviti yang ada dan mempelbagaikan konsep pengurusan syarikat yang mengintergrasikan dalam perniagaan yang di ceburi
Pejabat Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) |