Pengenalan

Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) ditubuhkan dan didaftarkan pada 26hb Julai 1994 adalah sebuah syarikat sendirian berhad dengan pegangan saham milikan bumiputera sepenuhnya yang di tubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Pada awal penubuhannya, syarikat Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) hanya bergiat dalam bidang pembinaan bangunan, tambatan sungai baikpulih empangan, kerja-kerja jalan, kerja-kerja besi dan sebagainya yang berkaitan dengan pembinaan. 

Untuk status terkini syarikat telah mempelbagaikan perniagaan dalam bidang pengedaran dan penjualan minyak diesel dan petrol, perlombongan bijih besi dan perlombongan emas, penjualan kereta dan perladangan kelapa serta penternakan.

Dalam menghadapi cabaran alaf baru, dengan perubahan ekonomi pasaran dunia hari ini, maka Kesuma Kota Sdn Bhd (309369-H) berkeyakinan penuh dengan pelaburan dalam perniagaan yang berpendapatan tinggi seperti perniagaan pengedaran minyak dan gas, perlombongan emas, penjualan kereta dan perladangan akan memberi pulangan yang berpatutan atas nilai pelaburan yang dikeluarkan. Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan kesemua perniagaan ini samada di pasaran Malaysia dan pasaran Asia.

Untuk memenuhi objektif perniagaan ini, syarikat Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) berkeyakinan, berkemampuan dan berkelayakan untuk  bersaing dengan pembekal minyak  dan gas yang lain, perlombong-pelombong emas yang lain, pembekal-pembekal kereta yang lain untuk memberi kepuasan kepada pelanggan secara berterusan.

Untuk itu pihak Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) akan melatih pekerja serta pihak pengurusan supaya bermotivasi bagi memajukan syarikat ketahap sebuah Syarikat yang disegani.

WAWASAN

Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H) akan menjadi sebuah syarikat terbaik dan akan terus mengembangkan aktiviti yang dilakukan hingga dikenali di peringkat  Antarabangsa menjelang tahun 2030.

MATLAMAT
  • Membentuk pengurusan yang kukuh untuk menjamin pulangan pendapatan yang berterusan dalam setiap projek yang akan dilaksanakan oleh syarikat.
  • Memberi tumpuan dalam aktiviti yang ada dan mempelbagaikan konsep pengurusan syarikat yang mengintergrasikan dalam perniagaan yang di ceburi

Kesuma Kota Sendirian Berhad
Pejabat Kesuma Kota Sendirian Berhad (309369-H)
kesuma kota